Bergambar Bersama Para Penerima Cek Bantuan

KUALA NERANG, 18 Jun — Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid (tiga, kiri) bergambar bersama para penerima cek bantuan pada Majlis Kasihi Pekebun dan Penyampaian Skim Biasiswa Anak Pekebun Kecil, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Daerah Padang Terap di Sekolah Menengah Kuala Nerang hari ini. Seramai 48 orang pelajar menerima cek RM500 sebagai insentif untuk terus mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti. — fotoBERNAMA.

  • Infografik