Lagi Lawak Guan Eng DAP Di P.Pinang Dan Putar Belit Berterusan Pembangkang!

Kelakar pula apabila melihat cubaan Lim Guan Eng DAP mendabik dada dan menghalalkan Rang Undang-undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dan Sumber-sumber Kewangan Lain) 2017 yang diluluskan oleh beliau dan rakan-rakan ADUN beliau.

RUU ini membolehkan kerajaan DAP Pulau Pinang membuat pinjaman daripada China Exim Bank di China. Di antara alasan beliau,

“Jadi ini langkah yang wajar dari segi kewangan. Kamu tidak perlu jadi seorang akauntan apabila sebuah negara seperti China beri kamu pinjaman, orang ramai akan perasan dan beri rating AAA kepada kamu. Ia akan meletakkan Pulau Pinang pada kedudukan yang baik.” katanya 

Jika begitulah alasannya, puak DAP telah berbohong selama ini yang kononnya negara Malaysia akan bengkrap.

Kita berkata demikian kerana Malaysia juga telah menerima pinjaman RM1.7 bilion daripada China Exim Bank untuk pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang pada tahun 2008.

Guan Eng DAP sepatutnya mengaku bahawa ‘Malaysia diberi rating AAA dan meletakkan Malaysia pada kedudukan yang baik’ juga! Ianya juga pengiktirafan daripada sebuah institusi kewangan milik kerajaan China terhadap kerajaan BN Persekutuan berdasarkan kepada prestasi kewangan yang baiik.

Guan Eng juga sepatutnya menegur rakan-rakan dan DAP supaya tidak berbohong tentang prestasi negara Malaysia.

Yang lebih kelakar ialah apabila Lim Guan Eng bersembunyi di belakang Datuk Seri Najib Razak yang seolah-olah ‘bersetuju’ dengan RUU pinjaman tersebut. Dengan cara ini beliau boleh ‘selamat’ tidak dikritik kerana ianya ‘dipersetujui oleh Najib Razak’.

Tahu pula guna nama Najib Razak tetapi Guan Eng tidak pula menyebut nama Najib Razak dan kerajaan BN persekutuan apabila beliau mendabik dada tentang hutang negeri yang menurun 90% tinggal RM69 juta.

Penurunan hutang kerajaan DAP negeri kepada Kerajaan Pusat berkurangan secara mendadak apabila Kerajaan DAP menandatangani perjanjian penstrukturan semula aset air dengan Kerajaan Persekutuan pada Jun 2011.

Najib Razak berkata,

Penstrukturan semula ini melibatkan pemindah milikan secara pajakan aset air Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bernilai RM655.2 juta kepada PAAB. 

Sebagai balasan, PAAB akan mengambil alih liabiliti air Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada Kerajaan Persekutuan berkaitan bekalan air pada nilai yang sama.

Maka, hutang kerajaan negeri berjumlah RM 655.2 juta turut berpindah kepada kerajaan BN persekutuan yang diuruskan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB)! 

Pengurangan hutang negeri tidak ada kena mengena dengan ‘kecekapaan’ atau C.A.T kerajaan DAP negeri!

Dan sekarang, kerajaan DAP negeri mahu berhutang lagi dan kali ini daripada bank negara asing.

Untuk rekod, di bawah adalah ‘kejayaan’ kerajaan DAP negeri menjadi broker menjual tanah rakyat !

RM11.5 juta – penjualan tanah 1.1.ekar Taman Manggis kepada KLIDC (2011)

RM1.07 bilion – penjualan tanah 102 ekar Bayan Mutiara kepada Ivory Properties. (2011)

RM65.34 juta – penjualan tanah 40 ekar kepada P. E Land.(2013)

RM484 juta – penjualan tanah 245 ekar di Batu Kawan kepada Aspen Vission. (2014)

RM65.56 juta – penjualan 30 ekar tanah di Batu Kawan kepada Paramount Group. (2014)

RM1.02 bilion – penjualan tanah 470 ekar di Batu Kawan kepada Eco World.  (2014)

RM30 juta – penjualan tanah 30 ekar di Batu Kawan kepada Jabil Group Singapura (2015)

RM27 bilion – penjualan tanah tebus guna 4,000 ekar di Permatang Damar Laut kepada Gamuda dan rakan kongsi. (2015)

RM10.89 juta – penjuaalan tanah 6.6 ekar di Juru kepada Singapore’s centurion Group (2015)

RM156 juta – penjualan 49% saham Tropical Island Resort Sdn Bhd yang memiliki 80 ekar tanah di Pulau Jerejak (2016)

RM156 juta – penjualan tanah 7.4 juta Peel Avenue kepada Island Hospital. Dipersoalkan kerana tiada tender terbuka dan dijual dibawah harga sebenarnya. (2017)

Apa lagi yang tinggal jika DAP masih memerintah negeri Pulau Pinang sesuka hati mereka tanpa check and balance yang kuat?

Apakah yang akan terjadi kepada negeri Pulau Pinang andaikata kesemua tanah-tanah milik kerajaan negeri dijual kepada kapitalis tanpa mengambil kira kepentingan rakyat Pulau Pinang?

Dr MiM

  • Infografik