Kementeian Baharu Di Sarawak Akan Tingkatkan Pelaburan Dan Perdagangan Antarabangsa

KUCHING, 19 Mei – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Sarawak yang diwujudkan pada 7 Mei, akan berusaha menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan pilihan pelabur.

Datuk Seri Wong Soon Koh akan menjadi menteri yang bertanggungjawab bagi kementerian itu dan dibantu oleh Datuk Mohammad Naroden Majais.

Berucap pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, Wong berkata kementerian itu akan merancang, merangka, mencadangkan dan melaksanakan dasar promosi dan pembangunan perdagangan untuk perdagangan antarabangsa, pelaburan langsung asing (FDI), e-dagang dan usaha sama perniagaan antarabangsa.

“Kami akan merancang, mengenal pasti dan mencari peluang eksport untuk syarikat tempatan bagi membantu membangunkan dan meningkatkan kedudukan di peringkat serantau dan global, katanya sambil menambah garis panduan dasar dan strategi serta sokongan juga akan dibangunkan bagi mengukuhkan daya saing dan suasana kondusif untuk menari FDI.

Wong berkata kementerian itu akan mewujudkan rantaian global dan usaha sama dengan sektor awam dan swasta bagi mengukuhkan perhubungan perdagangan dan terlibat aktif dalam promosi perniagaan serantau dan antarabangsa, pemasaran dan padanan perniagaan.

Ia akan merangka dasar dan garis panduan perdagangan dan e-dagang antarabangsa negeri itu bagi mentransformasi dan menyusun sumber manusia, jentera kerajaan, penggiat perdagangan supaya bersedia dalam ekonomi digital, katanya.

” Kami akan menjajarkan ekonomi negeri dengan ekonomi digital global dan mengukuhkan teknologi berkaitan dan ifrastruktur e-dagang.

“E-dagang dapat memudahkan syarikat tempatan kerana ia menjadikan perniagaan lebih kompetitif dan boleh diakses di suluruh dunia,” katanya dan menambahj kementerian itu akan berhubung dengan rakannya di peringkat persekutuan bagi memanfaatkan inisiatif dan insentif yang disediakan.

‘Antara lain, Pelan Tindakan Strateg E-dagang Nasional, Zon Perdagangan Bebas Digital dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia yang merupakan program e-keusahawanan.

“Sarawak akan terus meningkatkan hubungan perniagaan dengan Jepun, China, Korea Selatan, Taiwan dan Semenanjung bagi meningkatkan dagangan dan kapisit dalam segmen perniagaan antarabangsa,” katanya.

Wong juga berkata usaha akan dipertingkat bagi menambah jumlah dagangan kepada lebih RM1 bilion masing-masing dengan Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia dan kira-kira RM729 juta dengan Hong Kong.

  • Infografik