Mana Pergi Hasil Duit Pesta Jual Tanah RM12.5 Billion Negeri Pulau Pinang? – Rafizal

BUKIT BENDERA,  18 Mei – Sedang Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa mendabik dada kononnya mereka mengamalkan pentadbiran yang telus, bersih dan akauntabiliti, rakyat pula sebenarnya sedang gundah gulana kerana masa hadapan negeri itu kini semakin kelam dek kerana kerakusan kerajaan negeri menjual tanah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang,Rafizal Abd Rahim mendesak agar kerajaan negeri mendedahkan berapakah jumlah tanah yang masih tinggal di negeri itu kerana ini adalah masa hadapan anak bangsa Pulau Pinang.

rafizal-rahim“Sejak Dap mengambil alih negeri ini, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana pesta jualan tanah berlaku di negeri ini. Yang lebih menghairankan, walaupun kerajaan negeri dikatakan banyak mengumpul duit tapi mengapa masih tidak mempedulikan masalah rakyat.

“.. contohnya peruntukan tebatan banjir. Kenapa masih mengharapkan kepada kerajaan persekutuan sedangkan bajet kerajaan persekutuan harus dikongsi dengan banyak negeri. Jadi, ke manakah perginya duit hasil penjualan tanah ini yang dianggarkan mencecah RM12.5 bilion,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau, Guan Eng juga perlu menjawab apa akan jadi kepada negeri ini apabila semua tanah sudah dijual dan tidak ada lagi untuk rakyat.

“Di mana nanti mahu di bina rumah mampu milik untuk rakyat… untuk bina sekolah atau apa sahaja untuk rakyat. Mungkin Guan Eng cuba menyorokkan isu ini tetapi rakyat negeri ini bukan bodoh.

“Kami sebenarnya semakin bimbang tentang masa hadapan generasi akan datang. Adakah kami akan merempat di bumi sendiri,” soal Rafizal.

Oleh itu tegasnya Pemuda UMNO Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri menjawab persoalan ini dan jangan hanya tahu lari apabila disoal.

“Guan Eng perlu menjaawab ke mana wang hasil jual tanah dibelanjakan dan apakah kebaikan untuk rakyat?, soalnya lagi.

Mengikut rekod, semuanya bermula pada tahun 2011 dimana kerajaan negeri menjual sebidang tanah berkeluasan 102 ekar hak milik kerajaan negeri kepada Ivory Properties dengan nilai RM 1.07 bilion. Ini dikuti oleh pejualan 110 ekar lagi kepada Consortium Zenith dengan nilai RM 6.3 bilion pada tahun 2013. Pada tahun yang sama juga, kerajaan Dap Pulau Pinang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM 600 juta kepada P. E Land.

Pada 2014, menyaksikan “pesta jualan hartanah” dilakukan oleh kerajaan Dap Pulau Pinang dengan empat transaksi jual beli dilakukan. Sebidang tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM 2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission. Ini diikuti dengan penjualan 30 ekar tanah yang dianggarkan bernilai RM 57 juta kepada Paramount Group.

Seterusnya, sebidang tanah lagi berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.02 bilion dijual kepada Eco World dan diakhiri dengan penjualan 103 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.09 bilion kepada Temasekk Singapura . – MediaUMNO

  • Infografik