RM366 Bilion Pelaburan Dalam Tujuh Bulan, Bukti Malaysia Tidak Gagal Yang Gagal Pembangkang

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berpandangan kemasukan pelaburan asing ke dalam negara bukan sahaja menutup segala tohmahan pembangkang serta fitnah mereka sebelum ini kononnya negara bankrap, negara gagal dan sebagainya lagi malah membuktikan keyakinan pelabur luar terhadap Malaysia.

Menurut beliau jumlah pelaburan yang menjangkau RM366 bilion dalam tempoh tujuh bulan yang lalu menjelaskan kepada rakyat bahawa kesungguhan dan komitmen kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuahkan hasil untuk kepentingan bersama.

“Dengan kejayaan itu juga menyerlahkan keyakinan masyarakat luar khususnya para pelabur terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ini sekaligus memperlihatkan segala tohmahan pembangkang sebelum ini sekadar bersikap provokatif untuk menagih emosi rakyat yang tidak bersandarkan kepada fakta yang sewajarnya.

“Dan semakin jelas kelihatan mereka (pembangkang) sebenarnya yang baknrap isu di sebalik tohmahan mereka sebelum ini kononnya negara hampir bankrap, pelabur tidak percaya kepada Perdana Menteri dan sebagainya.

“Namun Alhamdulillah dengan angka-angka dan jumlah terkini kemasukan pelaburan ke dalam negara melambangkan keyakinan negara luar terhadap kita dan insya Allah akan berterusan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya membidas sikap segelintir mereka yang cuba memainkan isu-isu yang boleh menjejaskan ekonomi negara kerana perkara itu tidak seharusnya menjadi modal politik untuk menagih sokongan rakyat.

Sebaliknya tegas beliau mereka perlu sama-sama mendokong dan sama-sama berusaha ke arah membantu meningkatkan lagi pencapaian ekonomi negara ke arah yang lebih baik dan bukan bersikap sebaliknya.

“Sepatutnya tidak berlaku perkara seumpama itu…kestabilan ekonomi perlu menjadi keutamaan dan jangan hanya bersikap tuding jari.

“Jadi cukup-cukuplah jaja itu nak bankrap…ini nak rugi…itu tidak untung sebaliknya kita bersama-sama membawa negara ke arah yang lebih baik dan bukannya turut sama menjadi tukang racun yang akhirnya tidak memberi apa-apa manfaat,” ujarnya.

Jumlah RM366 bilion adalah satu angka yang besar, dan ia merupakan jumlah pelaburan yang dibawa masuk ke Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepanjang tempoh tujuh bulan ini, dari November 2016 hingga Mei 2017.

Daripada jumlah berkenaan, RM175 adalah pelaburan dari China, hasil dua lawatan Najib ke negara berkenaan pada November tahun lepas dan beberapa hari lepas, manakala RM31 bilion pula adalah pelaburan dari Arab Saudi selepas kunjungan rasmi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud pada Februari lepas.

Sementara baki RM160 bilion pula dicapai hasil lawatan rasmi Najib ke India pada bulan April lalu. -MediaUMNO

  • Infografik