Siapa Lagi Hebat – Banglo Terlajak Murah Guan Eng Atau Banglo Disney Adam Rosly?

Pembangkang berdepan dengan masaalah integriti yang menyebabkan mereka tidak layak untuk memberi komen terhadap pihak lawan mereka. Dan ianya disebabkan oleh satu perkara iaitu Banglo.

Parti PKR dimalukan dengan Banglo Disney manakala parti cauvinis DAP dengan Banglo No Swimming Pool terlajak murah.


Yang menariknya tentang isu ini ialah bagaimana puak pembangkang cuba mengasingkan kedua-dua isu padahal kedua-duanya telah pun menjadi kes mahkamah. Yang terbaru ialah cubaan Rafizi Ramli yang mendakwa kes Adam Rosly, Ketua AMK Ampang adalah ‘agak jelas’, manakala kes Lim Guan Eng DAP kononnya merupakan satu ‘penganiayaan politik’.

Kerana itu Lim Guan Eng tidak perlu bercuti sementara  manakala Adam Rosly perlu bercuti di sepanjang kes beliau, kata Rafizi Ramli.

“Saya menyatakan dengan jelas bahawa anda sebenarnya perlu membezakan antara dua kes. Kes Adam Rosly agak jelas, di mana dia tidak dapat menjelaskan bagaimana dia memperoleh kekayaan. Dia tidak mengisytiharkan asetnya,” kata Rafizi.

“Berbeza dengan Adam, Guan Eng mengisytiharkan asetnya,” dakwa Rafizi.

Alasan dangkal Rafizi PKR ini tidak boleh diterima, malah memberi persepsi bahawa Rafizi sebenarnya takut dengan Lim Guan Eng DAP. Jika benar pun Guan Eng DAP perlu bercuti, Rafizi tidak mungkin berani menyatakannya dari mulut beliau sendiri.

Kerana itu, alasan Rafizi bahawa ‘Guan Eng telah mengistytiharkan asetnya’ sebagai salah satu sebab Guan Eng tidak perlu bercuti hanya merupakan alasan ringan melepaskan batuk di tangga sahaja.

Berikut adalah kronologi kes rasuah Lim Guan Eng dan banglo terlajak murah:

17 Mac 2016: Semasa sidang Dewan Rakyat, Datuk Shabudin Yahaya, ahli Parlimen Tasek Gelugor meminta disiasat isu pembelian hartanah di bawah harga pasaran bernilai RM2.8 juta oleh Lim Guan Eng DAP di Jalan Pinhorn, Georgetown. Lihat video di bawah :

18 Mac 2016: Guan Eng mendakwa transaksi pembelian rumahnya itu dibuat secara rela hati antara beliau dan Phang Li Koon ‘tanpa sebarang paksaan’.

18 Mac 2016: SPRM mula menerima laporan berhubung isu pembelian banglo daripada pelbagai pihak termasuk parti politik dan NGO.

19 Mac 2016: Lim Guan Eng minta SPRM menyegerakan siasatan berhubung transaksi pembelian banglonya.

20 Mac 2016: Guan Eng bawa pihak media melawat banglonya di Jalan Pinhorn.

22 Mac 2016: Phang Li Khoon buat akuan berkanun yang beliau menjual banglo itu atas dasar rela hati melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014.

23 Mac 2016: SPRM terima 8 aduan daripada pelbagai pihak.

1 April 2016: Phang Li Khoon beri keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

2 April 2016: Polis lengkapkan kertas siasatan berhubung kandungan akuan berkanun Phang yang didakwa ada maklumat palsu.

17 April 2016: SPRM nasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang isu pembelian banglo.

6 Mei 2016: Guan Eng , Betty Chew , Phang dan Tang Yong Chew, pemilik Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) beri keterangan kepada SPRM.

7 Mei 2016: Guan Eng sekali lagi hadir untuk direkodkan keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

22 Mei 2016:  SPRM hadir di rumah Guan Eng untuk mengambil keterangan.  http://novandri.blogspot.com/2016/03/video-sprm-skandal-banglo-harga-murah.html

25 Mei 2016: Kertas siasatan Guan Eng dikemukakan kepada Peguam Negara.

6 Jun 2016: Kertas siasatan banglo dikembalikan kepada SPRM untuk siasatan lanjut.

29 Jun 2016: Lim ditahan SPRM di tingkat 28 bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang dan Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden.

6 Disember 2016 – Lebih 60 saksi akan dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk memberi keterangan yang dijadualkan bermula pada 27 Mac 2017.

7 Februari 2017 – Peguam Lim Guan Eng dan Phang Li Koon memohon Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.

7 Mac 2017 : Lim Guan Eng dan Phang Li Koon gagal dalam percubaan untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka.

7 Mac 2017 – Hakim menetapkan 20 Mac untuk pengurusan kes

20 Mac 2017 – Perbicaraan kes rasuah ditangguhkan sementara menunggu rayuan mereka mencabar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 selesai. Hakim Mahkamah Tinggi menetapkan 25 April untuk pengurusan kes itu.

Untuk rekod, Lim Guan Eng DAP sedang berdepan dengan 2 kes mahkamah yang amat memalukan seluruh parti DAP. Beliau didakwa menerima suapan untuk dirinya dan isterinya, Betty Chew dengan meluluskan pertukaran 2 lot tanah pertanian milik Magnificent Emblem untuk pembangunan perumahan ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri pada 18 Julai 2014.

Kes di atas yang menjadi alasan utama untuk Lim Guan Eng perlu bercuti kerana beliau mungkin masih dapat berurusan dengan saksi-saksi utamayang mungkin bekerja di pejabat kerajaan negeri termasuk bukti-bukti mahkamah.

Rafizi tidak mungkin tidak faham (atau buat-buat tidak faham} dengan conflict of interest yang berlaku ini atau beliau tutup mata kerana takut untuk menegur Setiausaha Agung DAP itu.

Lim Guan Eng DAP juga didakwa sebagai penjawat awam mendapatkan untuk dirinya sebuah lot tanah dan banglo daripada Phang pada harga RM2.8 juta pada 28 Julai 2015, harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran RM4.27 juta.

Dan apabila isu banglo terlajak murah ini panas, Guan Eng dan rakan-rakan politik telah memberikan jawapan-jawapan yang agak melucukan. Di antaranya, ketika ditanya sama ada beliau tahu bahawa rumah itu dibeli di bawah harga pasaran, Guan Eng berkata beliau ‘tidak tahu harganya’ bukan seorang ejen hartanah.

Apa mungkin Lim Guan Eng DAP yang bukan sahaja Ketua Menteri tetapi beliau juga memegang potfolio Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah serta seorang akauntan bertauliah ‘tidak tahu harga pasaran’ apabila mahu membeli sesuatu aset?

Malah, banglo terlajak murah ini bukannya pembelian aset hartanah  yang pertama oleh Lim Guan Eng. Dokumen deklarasi aset tahun 2012 menyatakan bahawa Setiausaha Agung DAP ini memiliki 2 rumah kedai di Melaka.

Baca : http://novandri.blogspot.com/2016/03/skandal-banglo-2-lagi-hartanah-milik.html

Dan memang benar bahawa Lim Guan Eng DAP perlu diberi peluang membela diri terhadap dakwaan berkaitan rasuah yang dihadapinya seperti yang dinyatakan oleh Rafizi Ramli PKR tetapi persoalan utamanya ialah Lim Guan Eng masih berjawatan dalam agensi yang berkemungkinan besar menjadi saksi dan bukti semasa perbicaraan kelak.

Mungkin akan berlaku conflict of interest dan yang paling dikhuatiri ialah saksi-saksi yang bekerja di agensi negeri yang terlibat mungkin akan diganggu?

Kita sebagai rakyat juga tentu maklum bahawa Menteri Besar atau Ketua Menteri mempunyai banyak kuasa dan pengaruh di dalam membuat keputusan dalam mesyuarat Exco Negeri. Penulis tidak menuduh tetapi ini merupakan kerisauan rakyat yang perlu diambil kira oleh Lim Guan Eng DAP dan Rafizi PKR.

Selain daripada mengisytiharkan hartanya, Rafizi juga meminta Adam Rosly bercuti ‘untuk menghalang PKR diheret bersama kes “kekayaan luar biasa” yang dihadapi ketua Pemuda PKR Ampang itu.’

Sepatutnya, Rafizi PKR juga  menasihati Guan Eng supaya bercuti atas alasan yang sama iaitu ‘untuk menghalang DAP dan Pakatan Harapan diheret bersama kes banglo terlajak murah No Swimming Pool milik Guan Eng’

Tetapi kita tahu Rafizi PKR tidak akan berani berbuat demikian.

novandri.blogspot.com

  • Infografik