Jika Adam Rosly Bakal Dihukum, Bagaimana Pula Dengan Anwar?

Sejak meletusnya kes penggubahan wang haram dan rasuah yang melibatkan Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Adam Rosly, pelbagai polemik dapat disaksikan di dalam PKR. Ada sahaja kenyataan yang timbul dari mana-mana pemimpin parti. Tidak kurang juga, kes membabitkan Adam Rosly ini turut memperlihatkan keretakan yang sudah lama timbul di dalam parti ciptaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.

Menariknya, dalam banyak kenyataan yang dikeluarkan, secara tiba-tiba Naib Presiden PKR, Nurul Izzah menegaskan bahawa, Adam Rosly tidak akan terlepas dari tindakan tatatertib parti jika didapati bersalah kelak. Menurutnya, ini penting bagi menjaga imej dan kerukunan parti agar perkara yang sama tidak berlaku lagi di masa hadapan.

Persoalannya, adakah hanya Adam Rosly sahaja yang bakal diambil tindakan tatatertib oleh PKR? Bagaimana pula pemimpin atau ahli lain yang turut sama pernah di dapati bersalah di mahkamah?

Adakah kenyataan ini dibuat hanya sekadar mahu menunjukkan ketegasan PKR dalam menangani kes membabitkan Adam Rosly?

Sebelum timbulnya kes ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pernah didapati bersalah di mahkamah atas tuduhan memfitnah.

Begitu juga kes yang membabitkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan paling utama, kes liwat yang sudah sah dijatuhkan hukuman keatas Ketua Umum PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sudahkah parti ini mengambil tindakan tatatertib keatas mereka semua?

Sudah tentu tidak. Rafizi Ramli sehingga kini masih lepas bebas mengeluarkan pelbagai kenyataan jelik dan fitnah. Malah, sehingga kini, sekurang-kurangnya 7 lagi kes mahkamah sedang menunggu untuk dibacarakan membabitkan pelbagai fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh Rafizi.

Tian Chua pula sebelum ini sudah dijatuhkan hukuman denda oleh mahkamah atas kesalahan yang dilakukannya. Ajaibnya, langsung tiada tindakan tatatertib dikenakan keatasnya sehingga hari ini. Justeru, kenyataan Nurul Izzah ini sememangnya agak melucukan jika mengambil kira kesalahan kali kedua yang dilakukan oleh Anwar sendiri.

Dari segi moral, kesalahan melakukan liwat bukan sahaja satu kesalahan dari sudut moral, malah ianya turut menyalahi peruntukan perundangan yang ada pada hari ini.

Untuk kali kedua, Anwar di masukkan kedalam penjara pada Februari 2014 atas kesalahan liwat. Menariknya, apa pula tindakan PKR? Jawapannya cukup mudah, langsung tiada tindakan dikenakan keatas Anwar.

Justeru, apabila PKR menyatakan hal intergriti, ianya memang agak melucukan. Mungkin kerana Adam Rosly hanyalah budak suruhan yang diangkat sebagai Ketua AMK Ampang, maka dia dikenakan tindakan tatatertib.

Namun, apabila terkena kepada pemimpin utama mereka seperti Anwar, tiada langsung sebarang tindakan dikenakan. Bukankah ini hanyalah sandiwara semata-mata?

pru14.tv

  • Infografik