• Panduan Dan Syarat Cabutan Bertuah Sempena Hari UMNO 71
    Kaedah Muat Turun Aplikasi Malaysia4All
    Info & Syarat Pertandingan Esei, Video Pendek #UMNO71
  • Siang Cakap Lain, Malam Lain… Pembangkang Dan Hipokrasi Politik Tidak Dapat Dipisahkan

    KUALA LUMPUR 21 April – Pembangkang dan hipokrasi politik sememangnya tidak dapat dipisahkah, demikian pandangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, YB Halimaton Saadiah Borhan.

    Dalam banyak keadaan jelasnya pembangkang sentiasa mempunyai dua nada berbeza walaupun sering mencanangkan betapa merekalah pengamal keadilan, ketelusan dan keikhlasan yang tegar di negara ini.

    Sebagai bukti beliau sekadar merujuk kepada dua contoh iaitu pertamanya dalam soal salah laku dan keduanya tindakan keluar parti.

    “Kalau kita dapat lihat jika terdapat salah laku pemimpin pembangkang misalnya walaupun sudah dihadapkan ke mahkamah, pembangkang akan meminta rakyat agar tidak menghukum terlebih dahulu pemimpin tersebut dan biarlah mahkamah yang menentukan keadilan.  Namun jika ia terjadi kepada pemimpin kerajaan iaitu pemimpin Barisan Nasional (BN), belum pun dibicarakan maka pembangkang dengan ghairah mengecam dan menghukum terlebih dahulu pemimpin terbabit.

    “Begitu juga dengan isu keluar parti. Jika ada pemimpin BN atau UMNO bertindak keluar parti maka pembangkang akan mengangkat pemimpin tersebut kononnya mempunyai prinsip perjuangan tetapi jika pemimpin mereka pula keluar parti mereka akan menuduh pemimpin tersebut kononnya mendapat habuan, ugutan atau menyifatkan mereka sebagai individu yang bermasalah.

    “Inilah antara hipokrasi politik pembangkang yang tiada tolok bandingnya. Siang cakap lain malam cakap lain”, katanya kepada UMNO-Online merujuk tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang bertindak keluar parti dan yang telah ditangkap serta dibicarakan di mahkamah atas kesalahan salah laku.

    Halimaton yang juga Ketua Wanita UMNO Subang seterusnya berkata lebih dahsyat lagi sekiranya seseorang pemimpin pembangkang telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman maka mahkamah pula dipersalahkan kononnya tidak menegakkan keadilan sebenar.

    “Dalam banyak isu apabila mahkamah mendapati pemimpin pembangkang bersalah, pembangkang tidak akan menerima keputusan itu sebaliknya akan bertindak memprotes, melakukan demonstrasi dan sebagainya.  Tetapi apabila mahkamah menjatuhkan hukuman kepada mana-mana pemimpin kerajaan, pembangkang dengan segera memuji keputusan mahkamah tersebut dengan menyifatkan keputusan sebagai adil dan tepat.

    “Inilah penyakit pembangkang yang mengamalkan politik lidah bercabang dan hipokrit. Kita yakin politik seumpama ini akan terus ditolak rakyat dan tidak akan ke mana”, ujarnya. –MediaUMNO

  • Menjelang Hari UMNO


  • Infografik