• Panduan Dan Syarat Cabutan Bertuah Sempena Hari UMNO 71
    Kaedah Muat Turun Aplikasi Malaysia4All
    Info & Syarat Pertandingan Esei, Video Pendek #UMNO71
  • Dap Perlu Belajar Dengan UMNO Tentang Ketelusan dan Akauntabiliti

    KUALA LUMPUR, 21 April – Ahli Dewan Undangan Negeri Tenang, Datuk Mohd Azahar Ibrahim mempertikaikan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terus memegang jawatan biarpun kini sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah berhubung isu pembelian rumah banglo di bawah harga pasaran.

    Menurut beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Labis, tindakan Guan Eng itu mencerminkan sikap kepimpinan Dap yang cakap tidak serupa bikin dan secara tidak langsung semua slogan Dap mengenai ketelusan dan akauntabiliti yang dilaungkan ternyata hanyalah satu pembohongan kepada rakyat semata-mata.

    “Kita boleh lihat dalam isu penangkapan Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abdul Latif Bandi. Sebaik sahaja didakwa di mahkamah, beliau serta merta mengambil tanggungjawab meletakkan jawatannya demi untuk menjaga nama baik parti, biarpun beliau belum di dapati bersalah lagi oleh mahkamah.

    “Apa yang saya nak persoalkan, kenapa Guan Eng tidak meletakkan jawatannya sebagai ketua menteri sekiranya Dap benar-benar sebuah parti yang mementingkan intergriti dan akauntabiliti? Guan Eng juga sudah didakwa dan sedang dibicara, mengapa beliau masih lagi memegang jawatan ketua menteri?

    “Sepatutnya sebagai seorang pemimpin sebuah parti yang seringkali mendabik dada bahawa mereka itu lebih telus daripada parti-parti lain, Guan Eng sepatutnya meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri, biarpun beliau belum didapati bersalah. Tetapi perkara itu tidak berlaku dan beliau terus berdegil memegang jawatan biarpun kes rasuahnya sedang dibicarakan di mahkamah,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

    Tegasnya, inilah perbezaan yang amat ketara boleh dilihat jika dibandingkan antara kepimpinan parti  pembangkang dan kepimpinan di dalam Barisan Nasional berhubung isu-isu intergriti dan akauntabiliti.

    “Dap merupakan parti yang paling lantang melaungkan isu-isu ketelusan untuk memperlihatkan rakyat kononnya mereka sebuah parti yang yang benar-benar telus. Tetapi dalam isu rasuah Lim Guan Eng ini, ternyata membongkar bahawa segala slogan mereka itu hanyalah retorik semata-mata dan ternyata kepimpinan Dap gagal untuk menghayati prinsip ketelusan yang mereka sendiri laung-laungkan itu.

    “Jika dibandingkan dengan BN, ternyata kepimpinan yang ada di dalam parti-parti yang bernaung di bawah  BN lebih menghayati prinsip ini seperti contohnya, kes yang berlaku terhadap Datuk Latif Bandi ini dan sebelum juga kes NFC yang melibatkan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Sharizat Jalil sebelum ini.

    “Jika Datuk Latif Bandi meletakkan jawatan exco sebaik sahaja didakwa di mahkamah, Tan Sri Shahrizat Jalil pula melepaskan jawatan menteri ekoran fitnah Rafizi terhadap NFC yang melibatkan suaminya,biarpun selepas itu mahkamah mendapati suami beliau tidak bersalah dan memutuskan Rafizi yang bersalah kerana memfitnah NFC.

    “Inilah prinsip intergriti dan ketelusan. Ianya untuk diamalkan dan bukan hanya dilaung-laungkan, tetapi bila terkena batang hidung sendiri, pelbagai alasan yang diberikan. Pandangan saya, Dap perlu belajar dengan parti-parti di bawah BN bagaimana untuk menghayati prinsip intergiriti dan akauntabiliti serta ketelusan terlebih dulu, sebelum mendabik dada mendakwa kononnya parti merekalah yang telus dan berintergriti mengatasi parti-parti politi lain,” tegasnya.-MediaUMNO

  • Menjelang Hari UMNO


  • Infografik