Merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia

TEMERLOH, 20 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kiri) merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 di Dataran Temerloh hari ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (dua, kanan) dan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad Tan Sri Abdul Wahid Omar (kiri). MSAM 2017 bermula hari ini hingga 25 April dari 10 pagi hingga 10 malam bagi memberi pendedahan tentang pelaburan dan menabung kepada masyarakat. –fotoBERNAMA.

  • Infografik