• Panduan Dan Syarat Cabutan Bertuah Sempena Hari UMNO 71
    Kaedah Muat Turun Aplikasi Malaysia4All
    Info & Syarat Pertandingan Esei, Video Pendek #UMNO71
  • Kenaikan Kadar Inflasi Memerlukan Perubahan Cara Hidup Bukan Maki Hamun Di Media Sosial

    Menurut Reuters kadar Inflasi harga pengguna mencecah paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun pada bulan Mac yang lalu tetapi berada di tahap lebih rendah berbanding ramalan.

    “Inflasi tahunan berlegar-legar sekitar 5.1 peratus pada bulan Mac, kedua tertinggi sejak mencecah paras 5.7 peratus pada bulan November 2008”

    Pada 1998, dengan segala subsidi ciptaan Tun Mahathir, kadar Inflasi mencecah 6.2%.

    Dato Sri Mohd Najib memegang jawatan pada 2009. Justeru dakwaan kadar inflasi zaman Najib Razak sebagai paling buruk adalah tidak benar sama sekali.

    Sesuatu mengenai kadar inflasi ialah ia mengukur kenaikan harga barang dan perkhidmatan bukan kuasa beli pengguna, bukan kemampuan berbelanja dan pilihan mengubah cara perbelanjaan.

    Dalam keadaan inflasi tinggi, kita perlu melakukan perubahan cara perbelanjaan mencari alternatif perbelanjaan yang lebih sesuai dengan kemampuan kita.

    Misalnya jika sebelum ini kita minum kopi berharga RM 16, kita harus mencari alternatif kepada kopi berharga RM 10. Yang biasa dengan kopi berharga RM 10, perlu beralih kepada kopi kedai mamak atau kopi Wonda. Mereka yang selalu di restoran mamak perlu beralih ke kedai tepi jalan. Yang akhir mereka perlu membawa minuman dari rumah.

    Oleh kerana inflasi berlaku akibat kenaikan kos, saya berharap Bank Negara tidak bercadang menaikkan OPR yang sekaligus akan menaikkan Kadar Asas Pinjaman. Jika ini berlaku ia akan menaikkan lagi kos sara hidup sebahagian rakyat.

  • Menjelang Hari UMNO


  • Infografik