• Panduan Dan Syarat Cabutan Bertuah Sempena Hari UMNO 71
    Kaedah Muat Turun Aplikasi Malaysia4All
    Info & Syarat Pertandingan Esei, Video Pendek #UMNO71
  • Jika Benar Kerana Allah, Mengapa Rafizi Tidak Desak Penjelasan Dap Tentang Dana RM 1.2 Bilion Dari Israel?

    IPOH, 17 April – Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Jaafar berkata, sekiranya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan isu-isu rasuah, skandal dan sebagainya kerana Allah, mengapa beliau tidak mendesak Dap agar membuat kenyataan berhubung isu dana yang mereka perolehi daripada Israel sebanyak RM 1.2 bilion yang sehingga kini masih belum dijawab oleh kepimpinan Dap.

    Isu ini juga amat penting menurut Salleh memandangkan Israel merupakan sebuah negara yang terkenal di dunia dengan keganasannya terhadap umat Islam di Palestin dan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

    “Isu ini juga amat penting selain isu-isu yang didedahkan oleh Rafizi itu. Mengapa Rafizi tidak mendesak Kit Siang atau Guan Eng memperjelaskan isu yang didedahkan sendiri oleh pegawai khasnya, Razali Abdul Rahman. Apatah lagi isu dana negara Israel ini yang mempunyai kaitan amat rapat dengan umat Islam.

    “Sekiranya benar beliau mendedahkan isu penglibatan pemimpin Pas dengan dana 1MDB kerana Allah, maka beliau sebagai umat Islam juga perlu mendesak Dap agar membuat kenyataan apakah benar dakwaan mereka menerima dana daripada negara tersebut dan sebagai balasannya, mereka akan memberikan tempat di Port Dickson untuk dijadikan pengkalan tentera Israel di situ?,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

    Tambahnya lagi, jangan Rafizi cuba memperalatkan nama Allah untuk menonjolkan beliau kononnya ikhlas melakukan perkara tersebut atas nama Islam, namun apabila ada isu-isu yang melibatkan puaknya sendiri sepertimana isu dana daripada Israel ini, beliau hanya mendiamkan diri.

    “Rafizi jangan hipokrit. Jika beliau melakukan perkara itu kerana kepentingan dan kuasa politik kepartian dan peribadinya, maka janganlah malu-malu untuk mengaku. Jangan pula mempergunakan nama Allah untuk menutup niatnya sebenar.

    “Bahkan terlalu banyak lagi isu-isu skandal dan penyelewengan yang turut berlaku di pihak pembangkang, mengapa Rafizi tidak mahu dedahkan.

    “Contohnya mengapa Rafizi tidak mahu mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meletakkan jawatan kerana sudahpun di dakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah, dan Azmin Ali atas isu-isu TAWAS, dana penstrukturan air dan lain-lain lagi?” soalnya.

    Justeru itu,beliau meminta rakyat agar sentiasa berhati-hati dengan sikap dan permainan ahli politik seperti Rafizi yang ternyata hipokrit dan berat sebelah.

    “Ahli politik pembangkang ramai yang depan cakap lain, belakang cakap lain. Perkara ini bukan lagi asing, terutamanya kepada Rafizi, jika kita lihat latar belakangnya sebelum ini. Sudah berapa banyak fitnah yang beliau taburkan dan sudah berapa ramai  yang menjadi mangsa fitnahnya terutama pimpinan UMNO dan kerajaan.

    “Adakah kita lupa bagaimana fitnah Rafizi terhadap Tabung Haji yang mana telah menyebabkan lebih 3000 ribu pencarum yang berdaftar dengan Tabung Haji mengeluarkan simpanan mereka. Ini menyebabkan mereka hilang giliran untuk menunaikan haji hanya semata-mata kerana percaya pada fitnah Rafizi itu.

    “Jadi bagi saya, dalam suasana politik hari ini, yang diwarnai dengan informasi-informasi tidak benar dan separuh benar yang tersebar di media sosial oleh orang-orang seperti Rafizi ini, kita sebagai rakyat mesti bijak menilai setiap sesuatu informasi yang sampai, supaya kita tidak akan mengambil tindakan salah yang boleh menyebabkan kita menyesal di kemudian hari ini,” ujarnya.-MediaUMNO

  • Menjelang Hari UMNO


  • Infografik