Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 Diisi Program Keagamaan – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 16 April – Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei ini akan dipenuhi dengan program keagamaan, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata sambutan kali ini sedikit berbeza memandangkan ia diadakan pada malam Jumaat yang juga secara kebetulan adalah malam nisfu syaaban.

PUTRAJAYA, 16 April — Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyampaikan sumbangan RM 500,000.00 kepada wakil Yang Dipertua PIBG SMK dan SK Presint 16(1) Datuk Seri Suhaimi Saad pada majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya PICC hari ini.
Majlis dihadiri Pengetua, Guru dan murid cemerlang dari 25 buah sekolah di Putrajaya.
— fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Program ini akan diisi dengan program keagamaan dan kita juga akan mengadakan live streaming (lintas langsung) dari tapak acara yang akan dibangunkan di Pusat Dagangan Dunia KL Putra (KL PWTC), di mana kita akan tunjukkan acara pecah tanah (permulaan kerja-kerja fizikal pembinaan),” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kepada lebih 100 pelajar pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2016 Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, di sini hari ini.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada setiap 25 sekolah di sini yang disumbangkan Parlimen Putrajaya.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa Barisan Nasional (BN) akan tetap menang jika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan tahun ini atau tahun depan, Tengku Adnan berkata jentera UMNO telah bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa.

“Kita sentiasa bersedia tetapi kita akan tunggu arahan presiden kita (Najib). Jentera-jentera kita bergerak.

“Sekarang ini kita minta setiap negeri menggerakkan jentera mereka dan saya percaya bahawa bila-bila dipanggil (pilihan raya) kita bersedia,” kata Tengku Adnan.

  • Infografik