• Panduan Dan Syarat Cabutan Bertuah Sempena Hari UMNO 71
    Kaedah Muat Turun Aplikasi Malaysia4All
    Info & Syarat Pertandingan Esei, Video Pendek #UMNO71
  • Melayu Penyembah DAP Sanggup Jual Maruah Perlekeh Usaha Perkasakan Islam

    Terbukti sudah , bahawa DAP adalah sebuah parti anti Islam yang mana terus menentang apa juga berkaitan dengan Islam. Terus melakukan provokasi tentang Islam, DAP amat memusuhi Islam dan bangsa Melayu yang mana menjadi penghalang agenda Malaysian Malaysia nya.

    Boleh dikatakan apa sahaja perkara berkaitan cara hidup Islam akan dilawan parti rasis dan cauvinis DAP. Dalam usaha untuk menutup sikap anti Islam DAP terhadap bangsa Melayu muslim dalam Negara ini , DAP berkali-kali menafikan tuduhan anti-Islam, malah sehingga bertegas mahu mengambil tindakan mahkamah sebagai langkah untuk menakut-nakutkan rakyat yang mempertikaikannya.

    Menyelusuri kembali  sejarah ketika Pengisytiharan Negara Islam oleh UMNO pada 29 September 2001 telah menyebabkan berlakunya penentangan berterusan oleh DAP terhadap orang Melayu Islam. Berbagai helah dan fitnah dilemparkan terhadap Islam dan bangsa Melayu.

    Tidak senang dengan pengisytiharan itu, DAP lantang menentang kerana padanya, Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara sekular. Kekal sekular bermakan DAP boleh melakukan perlanggaran  tatatusila kehidupan semua masyarakat  dan etnik dalam Negara ini termasuk agama anutan orang lain.

    Tindakan  DAP untuk mengekalkan Malaysia sebagai Negara sekular adalah diantara agenda yang  telah lama dirancang untuk membawa satu fahaman kesamarataan  agar ianya terus diterima oleh masyarakat Malaysia.

    Kesamarataan yang akan menjadikan semua kaum, agama dan mengiktiraf segala  bentuk anutan dan kemungkaran termasuk LGBT. Sekarang sebilangan dari Melayu PKR , PAN dan BERSATU  telah  menjadi sebahagian dari mereka yang menentang Islam dalam Negara ini.

    Penentangan yang berterusan oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh UMNO telah menjadikan DAP seolah-olah berada disatu bentuk politik yang mempunyai persamaan seperti Israel yang melakukan penentangan  terhadap warga Palestin.

    Bagi DAP, Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara sekular. DAP memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1983 sebagai hujah utama untuk menolak sebarang perkataan Negara Islam ke atas Malaysia. “Don’t turn Malaysia into an Islamic State.”

    Kempen ini terus  digunakan sebagai senjata dalam kempennya kepada masyarakat Cina. DAP melancarkan kempen, No to 911, No to 929, Yes to 1957 sebagai membantah keras sebarang usaha menubuhkan negara Islam di Malaysia.

    Namun pada masa yang sama kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO terus melakukan pemerkasaan terjadap syiar Islam dalam Negara ini.  Berbagai program , konvensyen  Islam dibuat dalam Negara ini. Salah satu yang paling popular ialah dimana  kerajaan telah menjemput ulama-ulama tersohor dunia memberikan penerangan konsep Negara Islam

    Hari ini kita sedang melihat bagaimana DAP sedang menunjukkan taring mereka dalam memastikan Islam dan bangsa Melayu terkubur di Tanah Melayu yang mana  agenda  menjadikan Negara ini sebuah republik akan diteruskan dengan sokongan  dana dari luar Negara.

    Apakah penyokong DAP yang terdiri dari kalangan bangsa Melayu terus memberikan sokongan terhadap PKR, PAN dan PPBM yang mana nyata telah bersekongkol dengan DAP untuk melakukan penentangan terhadap Islam?

    Jika perkara ini berlaku maka, dimata penyokong DAP berbangsa Melayu ini hanya melihat politik  chauvanis DAP lebih mulia dari kedaulatan Islam  dan  bagi penyokong Melayu DAP melihat pernentang Islam itu mesti dilakukan hanya kerana DAP.

    Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa Rang Undang-Undang Syarie (RUU355) secara persendirian. Halangan yang muncul adalah dari Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang serta beberapa orang lagi Ahli Parlimen dari DAP dan juga pembangkang.

    Cukup menghairankan, kenapa Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen DAP yang lain cukup beriya-ia mahu menghalang RUU355 ini dibentangkan? Melihat kepada reaksi yang ditampilkan oleh Ahli Parlimen DAP ini, RUU355 ini seolah-olah akan turut melibatkan mereka.

    DAP  cukup bersungguh-sungguh mahu membatalkan pembentangan RUU355 ini. Berbagai helah dilakukan untuk menghalang pembentangan RUU355 sebagai satu langkah memperkasakan syariah Islam yang hanya termaktub terhadap orang Islam sahaja.

    Ahli Parlimen Melayu dari pihak pembangkang. Samada PKR, PAN mahupun PPBM, kesemua mereka juga dilihat sedaya upaya mahu mengganggu pembentangan RUU355 ini. Disini kita sedang ditunjukkan oleh Allah secara terbuka  siapakah yang selama ini dikalangan orang Melayu Islam yang telah melacurkan Islam sebagai jalan untuk mencapai cita cita politik dan memenuhi nafsu serakah mereka.

    Justeru itu, penyokong Pakatan Harapan harus sedar bahawa dalam politik ada perkara yang boleh kita berkompromi, dan ada perkara yang kita mesti nyatakan pendirian kita dan sudah pastinya berkaitan dengan Islam yang Maha suci.

    Menyokong atau bersekongkol mengenainya bersama DAP sekali gus menjadikan kita sebahagian daripada  mereka yang mahu menghancurkan Islam.  Demi Islam penyokong Pakatan Harapan mesti  menghukum DAP dengan tidak menyokong sekutu mereka  yang terdiri dari PKR, PAN dan BERSATU.

    Redzuan

  • Menjelang Hari UMNO


  • Infografik