• Panduan Dan Syarat Cabutan Bertuah Sempena Hari UMNO 71
    Kaedah Muat Turun Aplikasi Malaysia4All
    Info & Syarat Pertandingan Esei, Video Pendek #UMNO71
  • I.Q Mahfuz Tahap Mee Segera

    Ada juga rakyat Malaysia yang tidak berpendidikan tinggi seperti Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar namun mereka tidak pula mengeluarkan kenyataan yang dilihat amat “bodoh” seperti yang sering dilakukan oleh beliau.

    Adakah rakyat Pokok Sena terlalu terdesak sehingga mereka mengundi Mahfuz pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang lalu? Persoalan tersebut agak menarik untuk dibincangkan. Namun itu pun bukanlah perkara yang pelik memandangkan terdapat juga sekumpulan manusia yang gemar menjadi pengikut ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin dan lain-lain lagi.

    Cuma “kebodohan” Mahfuz sudah sampai ke tahap yang menganggu (insult our intelligence). Rakyat Malaysia rasa kurang senang dengan kenyataan beliau yang bersifat I.Q tahap mee segera.

    Pernahkah anda dengar para ibubapa melarang anak-anak makan mee segera bagi mengelakan dari kurang cerdik dalam pelajaran? Dan itu lah tahap I.Q Mahfuz.

    Kita amat maklum bahawa cukai barang dan perkhidmatan (GST) bukanlah cukai tambahan baru. Sebaliknya, ia menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dimansuhkan. GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan dan perlu dilaksanakan untuk kekal kompetitif. Malah lebih 160 buah negara di dunia telah pun melaksanakan GST.

    Baru-baru ini Mahfuz mendakwa GST ke atas mi segera, mi dan laksa kering membebankan golongan berpendapatan rendah. Nampaknya sehingga kini Mahfuz gagal memahami bahawa GST mengantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dimansuhkan.

    Ini bermakna sebelum ini barangan tersebut telah dikenakan cukai jualan. Memandangkan kadar GST lebih rendah daripada SST maka sepatutnya harga barang tersebut lebih rendah. Sepatutnya tdak timbul isu harga mee segera mahal disebabkan GST.

    Mahfuz dikatakan mengesyaki Putrajaya terpaksa meluaskan jaringan cukai GST kerana tabung awam telah semakin kering dan pilihan raya umum tidak lama lagi. Katanya ia menunjukkan BN bermasalah dalam pengurusan kewangan negara dengan mengenakan GST ke atas makanan orang miskin.

    Kenyataan “bodoh” Mahfuz ini menguatkan lagi dakwaan ramai pihak bahawa beliau mempunyai I.Q tahap mee segera.

    pru14.tv

  • Menjelang Hari UMNO


  • Infografik