PPBM, PAN Umpama Penyamun Kerusi Yang Lupa Kuasa Penunggu Gua DAP

Sudah macam menyamun harta rampasan. Itulah yang sedang berlaku antara PPBM dan PAN sekarang. Mereka sedang kalut agihkan kerusi kerusi milik PAS untuk kedua dua parti itu bertanding pada PRU14.

Macam dialog cerita Nujum Pak Belalang ini, PAN boleh dianggap sebagai Nyawa manakala PPBM pula sebagai Badan.

“Aku ambik yang ini, kau tengok yang ini. Kau tengok yang ini, aku ambik yang ini.” (Masing masing tengok kerusi parlimen yang boleh menang).

Si perompak, Nyawa (S. Shamsudin) teruja melihat harta berupa barang kemas Sultan yang tergantung di dalam bilik simpanan hartanya.

“Satu untuk kau, satu untuk aku, dua untuk kau, dua untuk aku, tiga untuk kau, tiga untuk aku. Lepas tu apa?”

“Hentam sajalah.” “Hentam sajalah untuk kau, hentam sajalah untuk aku. Lepas tu?”

Badan (Aziz Sattar) dan Nyawa membahagikan harta yang dirompak, tapi Nyawa tidak tahu apa nombor selepas 3. Bila disergah nanti oleh Kit Siang sebagai “King Maker” merangkap “penunggu gua” barulah PAN dan PPBM faham kuasa yang ada pada DAP.

PAN sudah dapat 6 kerusi secara rampasan dari PAS. PPBM hanya ada satu kerusi. PAN dan PAS kalau boleh mahu elak tanding di tempat kubu kuat PAS seperti di parlimen Marang, parlimen Pasir Mas, parlimen Bukit Gantang dan parlimen Temerloh.

Hanya di empat parlimen ini sahaja PAS dilihat kuat. Di 10 tempat lain, PAS akan berhadapan sama ada dengan calon PAN atau PPBM. Pertembungan sengit akan berlaku di Kuala Nerus, Dungun, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Hulu Langat dan Bachok.

Kawasan kawasan yang itu kini dikuasai PAS dan bakal digugat oleh PAN atau PPBM. Kerusi kerusi “heavyweight” PAS vs PPBM dan PAN pada PRU14.

Masing masing mahu membuktikan kepada DAP, siapa boleh kalahkan pemimpin pemimpin utama PAS seperti Hadi Awang, Nik Abduh, Idris Ahmad dan Nasruddin Hassan Tantawi.

Menurut surat yang ditular di media sosial bertarikh 24 Mac 2017 yang ditandatangan oleh Wan Azizah, Guan Eng dan Mat Sabu agihan kerusi untuk Pakatan Pembangkang pada PRU14 adalah sepeti berikut :

PKR 98 kerusi, DAP 51 kerusi, PAN 37 kerusi dan PPBM 36 kerusi.

Semasa dalam pakatan pembangkang, PAS bertanding 73 kerusi. PAN ambil 37 kerusi dan PPBM ambil 36 kerusi, jumlahnya sama dengan 73 kerusi yang PAS tanding masa PRU13. PKR tanding kurang satu kerusi, DAP kekal bertanding 51 kerusi.

Kemungkinan besar jika terjadi pergaduhan dan tidak ada penyelesaian antara PPBM dan PAN, DAP akan meletaklan calon Melayu untuk bertanding di kerusi tersebut melawan PAS.

Kerusi yang dilihat berpotensi untuk DAP letak calon Melayu adalah di Kota Bharu, Hulu Langat, Alor Setar, Kuantan dan Teluk Kemang.

Bermakna DAP boleh tanding sampai 56 kerusi pada PRU14 nanti. DAP juga mampu ambil lagi kerusi kerusi milik PKR yang calonnya pro Wan Azizah. Dengan adanya Mahathir dan Azmin dalam mesyuarat, maka inilah peluang terbaik Azmin singkir dan bunuh terus karier politik kem Wan Azizah dalam PKR.

Azmin akan cadang DAP tanding kerusi tersebut kerana komposisi kaum Cina yang lebih tinggi atau calon DAP lebih peluang menang berbanding calon PKR pro Wan Azizah.

Mungkin ini sebabnya Wan Azizah pura-pura sakit sebagai satu alasan sahaja untuk beliau berjumpa dengan Anwar dan berbincang strategi.

PPBM dan PAN berebut sesama mereka. PKR pro Azmin pula berebut dengan PKR pro Wan Azizah. DAP gelak ketawa sebagai penunggu gua dan pembuat keputusan. Menunggu masa sahaja untuk mengenakan balik PPBM, PAN dan PKR bila sampai masanya.

Pengundi pada PRU14 jangan mudah tertipu dengan calon yang mereka tidak dikenali. Tiba tiba datang hendak menjadi jaguh rakyat, kemudian hilang entah ke mana. Sedar sedar penggal hadapan sudah lari bertanding di kawasan lain pula. Jangan mabuk di enggang lalu.

Jangan ditentang roket yang condong takut terturut jalan tak berintis. Orang tamak berebut hendak jadi calon, berebut mahukan kuasa seperti dalam PPBM dan PAN, kelaknya selalu rugi.

Yang untungnya adalah penunggu gua, seronok melihat bangsa yang berebut rebut itu berpecah belah.

Beruang Biru

 

  • Infografik