Aplikasi Malaysia4All Medium Untuk Maklumat Tepat Kepada Ahli UMNO

JERLUN, 11 Mac – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa berkata, aplikasi ‘Malaysia4All’ adalah medium kepada ahli-ahli parti bagi membolehkan mereka mendapat maklumat tepat terutama berkaitan isu yang dibangkitkan pembangkang.

“Aplikasi ini adalah satu medium untuk menyebarkan maklumat tepat tentang kerajaan malah ahli UMNO juga akan mendapat pelbagai maklumat sahih yang mungkin dipesongkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.”

Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan sempena hari UMNO yang ke-71 tahun, mana-mana bahagian yang mencapai minimum 1,000 jumlah muat turun aplikasi Malaysia4All akan diberi lima biji telefon bimbit berserta talian.

“Oleh itu saya berharap insentif ini akan dapat menyuntik galakan kepada setiap bahagian.”

Ujarnya, ini adalah satu galakan untuk semua bahagian memastikan ahli UMNO memuat turun aplikasi tersebut.

“Keputusan dan hadiah akan disampaikan pada 11 Mei nanti,” ujarnya dalam satu sidang media selepas merasmikan menyuarat UMNO veteran di Jerlun hari ini.

Selain itu beliau turut melahirkan rasa puas hati dengan program Jelajah Penerangan UMNO peringkat negeri Kedah yang diadakan selama dua hari dan berakhir pada hari ini.

Siri Jelajah Penerangan UMNO ini diteruskan ke negeri Perlis sehingga esok. – MediaUMNO

MUAT TURUN Aplikasi Malaysia4All di Apple Appstore

MUAT TURUN Aplikasi Malaysia4All di Google Playstore

  • Infografik