Hari UMNO Ke-71 Disambut Besar-besaran, Mesyuarat Cawangan Bermula 17 Mac

KUALA LUMPUR, 27 Jan –Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan sambutan besar-besaran ulang tahun UMNO ke-71 pada 11 Mei depan akan diadakan secara besar-besaran.

“Karnival sukan, pidato, sesi townhall akan diadakan di semua peringkat membabitkan Cawangan, Bahagian dan Negeri dengan kemuncaknya pada 11 Mei nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Sebelum itu beliau mengumumkan tarikh persidangan peringkat Cawangan UMNO akan bermula pada 17 Mac hingga 30 April depan sementara mesyuarat Bahagian pula pada 7 Julai hingga 26 Ogos 2017. – MediaUMNO

  • Infografik