Saman Isu 13 Mei : Zam Jawab Kit Siang

Zainuddin Maidin – Sebagai seorang bekas wartawan yang berjaya dalam politik, Lim Kit Siang  (LKS )sewajarnya memahami posting saya (3 September 2013 : Patutlah Tanda Putera Haram dan Jijik Dsisi Lim Kit Siang dan Anaknya) yang memberikan implikasi beliau bertanggungjawab menyebabkan penyokong penyokong DAP menghalau orang Melayu balik kampong sehingga mencetuskan rusuhan  13 Mei.

zam-maidin-wartawan-bekas-menteri-utusan-umno-bn

Sebagai seorang pemimpin yang cukup berpengaruh, beliau  tidak  semestinya tidak dapat berfikir bahawa trajedi itu boleh berlaku  sekalipun beliau bertanding di Melaka dan tidak berada di Kuala Lumpur.

Apa yang saya maksudkan ialah kejadian itu adalah  accumulative dari tindakan,ucapan dan kenyataan demi kenyataan  pemimpin pemimpin DAP yang bersifat instigate, agresif dan provokatif  dalam memperomosikan konsep Malaysian Malaysia yang diwarisi dari PAP. 

Hal ini  telah membakar perasaan rakyat Malaysia dan menyebabkan mereka  merasa terancam dan tidak lagi selamat berada di bawah Perlembagan Persekutuan. Jika LKS mahu melihat semua ucapannya yang bersifat demikian, boleh saya tunjukan kerana ada dalam simpanan saya.

Kemuncakannya adalah pendarahan negara dari rakyat tidak berdosa.

Walaupun Lee Kuan Yew gagal dalam mencapai hasratnya semasa dalam Malaysia tetapi sekam yang dibakarnya akhirnya telah marak menyala dan memberikan kejayan besar kepada DAP dan Gerakan dalam pilihanraya 1969  sehingga kerajaan terpaksa meminda akta hasutan untuk menyelamatkan MCA dan MIC dari menjadi lemah kerana terpaksa berada di pihak kerajaan atau UMNO untuk pempertahankan Kontrak Social dan Perlembaaan Perseketuan (Lim Kita Siang sila baca The Reluctan Politician  oleh Tun Ismail muka 237)

Langkah LKS untuk mengambil tindakan saman terhadap Utusan Melayu  dari masa kemasa dan khususnya kali ini terhadap saya  sebenarnya meneruskan perbuatan yang diperkenal dan dirintis Lee Kuan Yew terhadap media Malaysia  untuk menutup suara demokrasi rakyat .

Dalam tahun 1964 beliau menginisiatifkan  saman  terhadap Utusan Melayu kerana sebuah berita menuduhnya komunis  (Utusan terpaksa meminta maaf dan juga membayarnya sebanyak 85.0000 dollar ) dan  beberapa tahun  kemudiannya  setelah Singapura keluar dari Malaysia, dia menyaman pula  akhbar  The Star.  Jika tidak silap ingatan saya Star membayarnya RM 300,000.

Budaya mengancam dan mengungut untuk menutup mulut media dan rakyat menerusi tindakan undang undang inilah yang diimport oleh DAP  dari Singapura.

Jika LKS yakin  tindakan saman boleh menegakan  kebenaran maka terserahlah kepada beliau tetapi keyakinan manusia tidak boleh dihapuskan dengan saman dan sejarah juga tidak boleh diputarbelitkan dengan kemenangan di mahkamah.

Sesungguhnya saya amat tersinggong dengan tuduhan palsu Lim Kit Siang bahawa kecaman saya terhadapnya bertujuan  mencari populariti  atau mahu mendapatkan undi besar dalam pemilehan MKT UMNO tidak lama lagi. Saya tidak bertanding apa apa jawatanpun. LKS menyamakan saya dengan Dr. Fuad Zakarshi yang masih aktif dalam UMNO.

Saya anggap ini sebagai suatu usaha untuk mencemarkan nama saya kerana sejak bersara saya tidak lagi mengambil bahagian dalam sebarang  kegiatan politik UMNO diperingkat cawangan, bahagian atau pun Pusat . Saya cuba sedaya upaya untuk hidup dengan kemuliaan sebagai wartawan bebas dengan bantuan wang persaraan dan penulisan.

Untuk pengetahuan LKS,saya tidak memegang sebarang jawatan dalam UMNO, kerajaan atau mana mana koporat atau syarikat perniagaan  kecuali menjadi Karyawan Tamu kepada Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Universiti Utara Malaysia(IPDM UUM)

Saya tidak berminat dalam politik kecuali menjadi pemerhati dan penulis politik  dan lain lain dan saya sedang menulis buku “ Saya Bukan Menteri” untuk IPDM.

Jika Lim Kit Siang mahu menyaman saya maka saya bercadang untuk mengambil  Karpal Singh sebagai peguam saya jika dia mahu memberikan khidmat secara percuma kerana  saya percaya dalam keadaan apapun dia berpegang kepada prinsip prinsip demokrasi.

anwaraidc.com

  • Infografik