Dapatkan RSS Feed UMNO Online di Sini



Kategori PAU 2013 (Pembela Rakyat, Kata Di Kota)

Perlembagaan Baru Bukti UMNO Bukan Sahaja Demokratik Tetapi Lebih Terbuka

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Pemilihan UMNO pada kali ini yang bertunjangkan kepada Perlembagaan baru parti memperlihatkan sesuatu yang bukan sahaja berani malah dari segi faktanya UMNO lebih terbuka sifatnya serta paling demokratik.

Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata Perlembagaan baru yg diguna pakai dalam mesyuarat yang sedang berlangsung ini memperlihatkan suatu ciri di mana ia memperlihatkan UMNO parti yang diremajakan.

pemilihan-umno-kotak-undi-mengundi-pemuda-cawangan-bahagian-pusat

Menurut beliau maksud diremaja itu bukan hanya bermakna pemimpin dan golongan muda diberikan peluang untuk memimpin parti, malah lebih penting perubahan dlm perlembagaan memperlihatkan bahawa UMNO membuat perubahan sesuai dengan keadaan dan tuntutan semasa sekarang.

“Perlembagaan baru yang diguna pakai dalam mesyuarat ini menyedari akan tuntutan ahli dan orang Melayu yang mahukan UMNO menjadi parti yang terus sesuai dalam apa juga keadaan, dan ia dilakukan menerusi perlembagaannya.

“Pada saya apa yang penting ahli parti mesti menggunakan kesempatan dengan perubahan perlembagaan ini sebaik mungkin. Bukan maksud saya bahawa ia membawa erti kesempatan melalui cara mengubah kepimpinan. Pada saya ahli harus menggunakan kesempatan ini untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa UMNO adalah parti terbaik dan memang layak mewakili kepentingan orang Melayu dalam banyak keadaan.

“Antaranya menerusinya UMNO mesti dilihat sebuah parti yg mampu menyediakan pemimpin terbaik untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia umumnya. Maka proses pemilihan ini mestilah berlaku dalam semangat kekeluargaan dan dalam susana harmoni bukan memperlihatkan kita berlumba-lumba mengejar jawatan dalam parti,” katanya.

Tambah beliau lagi paling penting ahli UMNO mesti berpegang kepada prinsip parti. Dalam apa jua keadaan sekalipun kepentingan parti mesti dihadapan.

“Rakyat tentu akan menilai apa yang akan berlaku hasil daripada pindaan Perlembagaan UMNO yang pertama kali digunakannya. Kalau perubahan ini dilihat menguntungkan orang Melayu dan rakyat keseluruhannya, saya yakin UMNO akan terus dihormati oleh sesiapa juga.

“Tapi kalau ahli tidak bijak dan tidak memanfaatkan perubahan ini ianya boleh mengundang masalah besar. Tapi saya yakin UMNO dan ahlinya cukup matang dan mampu memastikan UMNO menjadi lebih kuat hasil perubahan dalam perlembagaannya yang pertama kali digunpakai, “ ujarnya. -MediaUMNO




Berita Bertarikh 2 August 2013 4:14 pm 3 tahun lalu






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2016 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE