Dapatkan RSS Feed UMNO Online di Sini



Kategori Berita Pilihan

Pembangkang Serang BR1M Kerana “Panas” Kerajaan BN Tepati Janji – Nawawi

KUALA LUMPUR 28 Feb – Pelbagai tohmahan oleh pembangkang termasuk yang terbaru daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menujukkan parti itu tersepit.

Jika sebelum ini kedengaran BR1M dilontarkan sebagai rasuah dan sebagainya, tidak pelik mutakhir ini pelbagai label dan pelbagai dakyah dilontarkan oleh pembangkang terhadap langkah kerajaan itu.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad, ianya adalah satu penghinaan kepada rakyat khususnya kalangan mereka yang menerima bantuan secara terus daripada kerajaan itu.

Menurut beliau  BR1M adalah bantuan secara terus selain daripada pelbagai bantuan lain oleh kerajaan yang prihatin terhadap rakyat seperti pemberian terhadap subsidi gula, tepung dan sebagainya lagi.

“Jika itulah pandangan mereka…Apakah bantuan lain kerajaan menerusi subsidi itu juga terangkum di dalam pandangan yang sama. Sekali lagi ingin ditekankan  BR1M ini adalah bantuan secara terus sepertimana Baucer Buku dan sebagainya lagi. Apa yang saya nampak mereka ini dah tersepit serta kacau bilau kerana langkah terbaik kerajaan ini dapat melonjakkan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang berasaskan kepada janji ditepati.

“Mereka dalam keadaan kelam kabut akhirnya melemparkan pelbagai tohmahan. Itulah golongan seperti ini yang mana mereka hanya bergantung kepada dahan yang rapuh semata-mata untuk menjatuhkan BN,” katanya kepada UMNO-Online.

Sambil berkongsi cerita bagaimana seorang makcik dan penduduk lain yang mengucapkan terima kasih serta bersyukur atas bantuan berkenaan pada majlis penyampaian BR1M di Langakwi, Nawawi seterusnya menambah bukankah itu menunjukkan kepada umum bagaimana mereka yang berhak bersyukur atas langkah kerajaan itu.

“Sebenarnya BR1M ini melambangkan bahawa kerajaan yang ditunjangi  BN prihatin atas masalah yang dihadapi akar umbi ketika ini. Dan kerana itu PM cipta sumbangan terus selain daripada subsidi lain.

“Rupa-rupanya keikhlasan kerajaan dalam membantu rakyat tidak disenangi oleh pembangkang apabila sanggup mengeluarkan pelbagai perkataan dan kenyataan yang sekaligus mengambarkan mereka sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri,” katanya. -MediaUMNO




Berita Bertarikh 28 February 2013 5:47 pm 4 tahun lalu






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2016 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE