• Panduan Dan Syarat Cabutan Bertuah Sempena Hari UMNO 71
    Kaedah Muat Turun Aplikasi Malaysia4All
    Info & Syarat Pertandingan Esei, Video Pendek #UMNO71
  • Kalimah Allah : Hadi Usah “Kluk Klek”.. Pilih Majlis Syura Atau Pakatan Pembangkang?

    LENGGONG,  6 Feb  – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih mengutamakan kepentingan politik partinya melebihi kepentingan dan prinsip agama Islam, berikutan itu  sehingga saat ini Pas Pusat masih belum menyatakan pendirian jelas berhubung isu kalimah Allah.

    Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata walaupun Majlis Syura Pas sudah membuat ketetapan, namun tiada sebarang reaksi sama ada daripada Presiden Pas atau pucuk kepimpinan parti  berhubung perkara berkenaan.

    “Sepatutnya jika Pas atau Hadi bersetju dengan pandangan Majlis Syura Pas,  beliau mesti menarik balik kenyataan yang beliau baca ketika bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) membuat pendirian membenarkan perkataan Allah digunakan oleh bukan Islam.

    “Dan selagi beliau tidak menarik kenyataan yang beliau baca itu, bermakna Hadi dan Pas masih berpegang sebagaimana yang beliau baca tempohari dan tindakan Anwar yang tetap berpegang kepada keputusan Majlis Tertingi PR itu betul, apatah lagi Hadi sendiri tidak memaklumkan pendirian terbarunya hingga saat ini,” katanya kepada UMNO-online.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan berdolak dalih Presiden Pas dan pucuk kepimpinan parti itu berhubung isu berkenaan walaupun Majllis Syura Pas yang bermesyuarat baru-baru ini telah membuat keputusan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.

    Shamsul berkata, dalam perkara itu Abdul Hadi sebenarnya bermain politik dan khuatir jika beliau membuat keputusan sama seperti Majlis Syura ini akan menyebabkan parti itu akan kehilangan sokongan daripada pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum nanti.

    “Saya yakin Haji Hadi berpolitik dalam isu ini di mana dengan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang, beliau kekalkan dengan pendirian sama, ini tidak lain tujuannya untuk menarik undi bukan Melayu, dan apabila berhadapan dengan ahlinya sendiri, beliau bercakap bahawa dia menyokong pendirian Majlis Syura Pas.

    “Justeru itu rakyat tertanya apa pendirian sebenar Hadi dalam hal ini ? Apakah ini tidak menunjukkan pada rakyat bahawa Pas mendahului politik berbanding soal agama . Pas lebih pentingkan masa depan politiknya berbanding kedudukan agama Islam sendiri,” katanya.

    Menurutnya, apa yang berlaku itu menunjukkan Pas tidak boleh diharap untuk mengangkat dan mempertahankan agama Islam. Pas kini lebih mengutamakan kepentingan parti dan politik daripada perjuangan agama bagi memastikan mereka dapat terus bersama dalam pakatan pembangkang.

    Beliau berkata, mungkin ada sesuatu yang menyebabkan Hadi sehingga kini tidak berani membuat suatu ketetapan dan sengaja membiarkan perkara itu terus menjadi tanda tanya.

    Shamsul berharap rakyat merenung dan mengambil iktibar daripada isu berkenaan bahawa pembangkang tidak menghormati sensetiviti antara satu sama lain terutama berkaitan isu agama. -MediaUMNO

  • Infografik