UMNO Online

Lagi Pemimpin DAP Tunjuk Belang Rasis, Perlekeh Himpun Bantah Filem Hina Nabi

KUALA LUMPUR 19 Sept – Tindakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mempersoalkan tindakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung filem Innocence of Muslim membuktikan bahawa parti tidak sensitif terhadap sensitiviti masyarakat Islam.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari menyifatkan apa yang dilakukan oleh Ngeh dalam laman twitter itu boleh dianggap sebagai provakasi yang cuba membangkitkan suatu suasana tidak sihat terhadap kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Kita nak tahu apakah sebenar tujuan Ngeh itu, berdasarkan daripada kenyataan dalam twitter itu, dia bukan sahaja memperkecilkan hasrat  Khairy untuk bersama Pemuda Pas mengadakan bantahan terhadap filem itu, malah secara tidak langsung menyifatkan apa yang dilakukan oleh umat Islam sebagai suatu yang sia-sia dan membuang masa.

“Kenyataan Ngeh itu macam menyokong filem itu, sedangkan pemimpin agama lain di seluruh dunia turut membantah  filem berkenaan, ini menunjukkan Ngeh sendiri tidak sensitif terhadap apa yang berlaku yang menyinggung perasaan umat Islam.

“Tetapi apabila membabitkan agama lain, mereka akan mencuba menjadi juara, apa yang berlaku ini menunjukkan bahawa mereka hanya berjuang untuk sesuatu pihak yang mempunyai kepentingan pada parti mereka,” katanya kepada UMNO-online.

Semalam Ngeh menerusi laman twitternya mengeluarkan kenyataan “Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this?. (Khairy (Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin) mahu umat Islam mengadakan bantahan terhadap Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politik beliau? Adakah umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga ke atas perkara ini?)

Mazlan turut mempersolakan kepada Ngeh berhubung pembabitan pembangkang dalam Himpunan Bersih yang diadakan di ibu negara tidak lama dahulu sehingga yang menjejaskan urusan harian di ibu negara sehingga ramai peniaga kehilangan pendapatan pada hari kejadian.

“Jika Ngeh mempersendakan usaha Khairy, sedangkan pembangkang di Himpunan Bersih itu bukan sahaja sia-sia dan membuang masa, malah telah menyebabkan banyak berlakunya kerosakanan harta awam yang membabitkan jumlah yang besar.

“Di samping itu, Himpunan Bersih itu juga bukan sahaja menyebabkan  ramai peniaga hilang pendapatan, ia turut mencemar serta memberi imej buruk negara kepada pelancong luar yang berkunjung ke negara ini,” katanya. -MediaUMNO